Mungkin ramai beranggapan mustahil untuk gadget
seperti smartphone dilengkungkan seperti kertas yang boleh digulung
gulung. Namun , Samsung telah maju kehadapan dengan memperkenalkan
konsep Samsung Galaxy Skin yang boleh dilenturkan dan bersifat elastik.
Pertama seumpamanya didunia .

TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.
Syarikat
Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang
berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.
Laporan
sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan
tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.
Teknologi
itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom
karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair
kristal.
Pada awal tahun ini, satu laporan
mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin
itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang
mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.
Laporan
yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan
banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi
berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses
1.2GHz.
Spesifikasi tersebut hampir serupa dengan spesifikasi model terkini Samsung, Galazy S II.
Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.
Bagaimanapun, Galaxy Skin dipamerkan secara terbuka pada awal tahun ini.
Lagi banyak gambar Samsung Galaxy Skin dibawah :



sangat3x
superhebat kalau gadget ni dapat dikeluarkan dalam masa terdekat.
Mungkin tahun hadapan. For sure ramai yang akan berebut rebut untuk
mencuba gadget hebat ini dan menjadi yang pertama dapat memilikinya.
sumber : Mynewshub
Tidak ada komentar:
Posting Komentar