
Untuk
tips kali ini, aku akan berikan beberapa tips dan panduan untuk
mempercepatkan penggunaan Blackberry anda ke tahap yang lebih baik.
Untuk anda yang baru guna BB atau dah lama guna tapi tak pernah nak
ambil tahu, Smartphone Blackberry dari semua model dilengkapi dengan
shortcut tertentu untuk system dan application di dalam BB tersebut.
Shortcut button ini memudahkan dan mempercepatkan penggunaan Blackberry
anda dan memastikan anda tak rasa nak baling BB anda ke dalam longkang
mahupun dijadikan alat untuk membaling anjing. Untuk bahagian satu ni,
aku akan bagi 4 panduan penjagaan dan shortcut Blackberry yang WAJIB
anda tahu.
Blackberry Tips 1
RESTART BLACKBERRY TANPA CABUT BATERI
mungkin
kebanyakan atau mungkin semua pengguna Blackberry sudah sedia maklum
dengan masalah suka "hang". Dan jika masalah tersebut terjadi,
kebanyakan dari kita akan terus mencabut baterry. Tindakan tersebut
bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana ia boleh menyebabkan
Blackberry anda mengalami masalah di masa hadapan. Cuba biasakan diri
anda restart Blackberry sekurang kurangnya 2 hari sekali. Sedangkan
manusia juga perlukan rehat dengan tidur setelah seharian bekerja kan?
Kasihanilah Blackberry anda sebagaimana anda kasihi awek awek anda
kerana Blackberry juga memerlukan kasih sayang. Bagaimana untuk restart?
Tekan button Alt + Right Shift (aA) dan Del
dalam satu masa. Bermakna anda kena tekan ketiga tiga button dalam masa
yang sama. Jika tak cukup jari tangan , mungkin jari kaki anda boleh
digunapakai. Blackberry anda akan restart dengan sendiri
Blackberry Tips 2
TUTUP RUNNING APPLICATION
Running
application adalah application yang sedang "on" dalam Blackberry anda.
Sesetengah application seperti Whatsapp dan Foursquare tidak akan Close
hanya dengan anda menekan button Merah di BB anda. Application tetap
akan berjalan seperti Running Man yang tak henti henti mempengaruhi
masyarakat Malaysia. (Tak ada kena mengena) . Jadi pastikan anda betul
betul tutup application jika tidak diguna. Tekan Menu (button lambang
Blackberry) selama 1 saat dan akan keluar simbol simbol application
yang sedang running. Tutup application yang tidak digunakan . Pastikan
TAK LEBIH DARI 5 application running dalam satu satu masa. Ini akan
menyebabkan BB anda hang dengan kadar amat serius dan menimbulkan
perasaan psyco dalam diri anda. Selalu ingat yang Blackberry sangat
mencabar kesabaran anda.
Blackberry Tips 3
SHORCUT DALAM MESSAGE
Bagi
pengguna pengguna Blackberry, BBM sememangnya lebih popular dari
Message. Apa guna jika pakai Blackberry tapi masih bermesejan seperti
handphone handphone lain. Sungguh tak ada kelassss. Baik pakai Nokia3310
boleh juga mesej . Tapi bagi yang dah habis BIS dan tak ada duit nak
Topup , message akan kembali menjadi pilihan sepertimana pengguna
Twitter yang kembali memenuhkan Facebook semasa twitter down. Jadi
semasa anda menggunakan Message di BB anda, ada beberapa shorcut yang
mempercepatkan dan menjimatkan masa anda .
- Tekan "P" untuk mesej hari sebelumnya (Previous Day)
- Tekan "U" untuk Oldest Unread Message
- Tekan "S" untuk search Message
Blackberry Tips 4
DAPATKAN BLACKBERRY PIN ANDA SEPANTAS KILAT
Bila ada
kawan kawan yang minta BBPIN anda, masa tu baru nak terhegeh hegeh cari
BBPIN dalam phone. Rasanya hobi menghafal BBPIN sendiri bukanlah satu
hobi rakyat Malaysia masa kini . Mereka lebih suka menonton Running Man
dari menghafal BBPIN sendiri. Kami ada penyelesaiannya. Untuk
mendapatkan BBPIN anda sepantas kilat. Cuma perlu taip MYPIN
didalam mesej @ BBM @ Whatsapp atau apa sahaja yang boleh ditaip.
Autotext akan terus convert perkataan MYPIN tersebut kepada Pin
Blackberry anda.
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/06/panduan-pengunaan-lengkap-dan-shortcut.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar